Crystal Palace julang Piala FA

Crystal Palace julang Piala FA

Jika rayuan Palace gagal, tempat mereka dalam Liga Europa akan diisi oleh Nottingham Forest, yang menamatkan saingan di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris musim lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Crystal Palace mengejutkan Manchester City untuk memenangi Piala FA buat kali pertama apabila jaringan Eberechi Eze memastikan kemenangan 1-0 sekali gus menambah lagi penderitaan pasukan Pep Guardiola dalam musim ini.

Jaringan awal Eze mengejutkan City sebelum penjaga gol Palace, Dean Henderson menyelamatkan sepakan penalti Omar Marmoush pada penghujung separuh masa pertama dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley.

Walaupun penyudah klinikal Eze adalah kemuncak kepada kebangkitannya yang luar biasa selepas pernah ditolak oleh Arsenal, Fulham dan Millwall sebelum ini, Henderson muncul wira sebenar Palace dengan beberapa aksi menyelamat yang cemerlang.

City sebelum itu membantah Henderson sepatutnya dilayangkan kad merah kerana menyentuh bola di luar kawasan penalti pada separuh masa pertama.

Namun, Henderson mengambil kesempatan daripada kontroversi itu untuk memastikan Palace menjulang trofi utama pertama dalam sejarah 120 tahun kelab itu dan layak ke Liga Europa musim depan.

“Saya masih tidak percaya. Kalau perlawanan ini dimainkan 10 kali, kami mungkin menang sekali dan ia terjadi hari ini.

“Jaringan itu adalah kali pertama kami berada di kawasan mereka, dan selepas itu kami bertahan dengan seluruh tubuh,” kata pengurus Palace, Oliver Glasner.

Tewas kepada Manchester United dalam dua penampilan terakhir mereka di final Piala FA pada 1990 dan 2016, kemenangan mengejut Palace kali ini adalah sesuatu yang mereka layak terima, manakala City terus gagal dalam musim suram yang menjadi musim pertama mereka tanpa sebarang kejuaraan sejak 2016-17.

“Kami sudah cuba segalanya, tapi kalau tidak menjaringkan gol, anda tidak akan menang. Kami bermain dengan baik. Bola sepak memang begini kadang-kadang,” kata Guardiola.

Mengenai insiden Henderson, Guardiola hanya berkata: “Tanya pengadil.”

Selepas memenangi Liga Perdana dalam empat musim sebelumnya, City berdepan musim yang sukar  antara yang terburuk dalam karier pengurusan cemerlang Guardiola.

Kini di kedudukan keenam dalam Liga Perdana, City akan menentang Bournemouth pada Selasa ini dan bertemu Fulham pada 25 Mei dalam usaha menyelamatkan musim dengan sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-Juara.

Guardiola sekali lagi membuat kejutan dengan pemilihan pemain untuk final apabila menurunkan kesebelasan yang sangat menyerang tanpa pemain tengah bertahan.

Namun, kebiasaan Guardiola menukar taktik untuk perlawanan akhir sering membawa padah sebelum ini. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN