Bednarek, McLaughlin catat rekod dunia

Bednarek, McLaughlin catat rekod dunia

Kenny Bednarek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek mencatat masa terpantas dunia tahun ini dengan memenangi acara 200 meter (m) lelaki dalam masa 19.84 saat (s) pada pertemuan Grand Slam Track di Miami, kelmarin.

Pemenang pingat perak acara 200m di Sukan Olimpik Tokyo dan Paris itu menewaskan pelari Britain, Zharnel Hughes dengan perbezaan 0.29s, manakala atlet Jamaica, Oblique Seville di tempat ketiga (20.13s).

Bednarek, yang juga pemenang pingat perak acara 200m di Kejohanan Dunia 2022 di Eugene, turut memenangi acara 100m kejohanan yang sama pada Sabtu lalu dengan catatan 9.79s, namun dibantu oleh angin.

Sydney McLaughlin-Levrone

Rakan senegaranya, Sydney McLaughlin-Levrone memenangi acara 400 m wanita dengan masa 49.69s, menewaskan teman sepelatih, Anna Hall dengan perbezaan 1.99s.

Juara bertahan dua kali acara 400 m lari berpagar di Olimpik, McLaughlin-Levrone, turut memenangi acara kegemarannya pada Sabtu lalu dengan catatan terpantas dunia tahun ini iaitu 52.07s.

McLaughlin-Levrone telah memecahkan rekod dunianya sendiri Ogos lalu apabila memenangi gelaran di Paris dengan larian 50.37s. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN