SUBANG JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui mereka masih belum mempunyai sebarang perkembangan terkini mengenai masa depan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah. Masa depan Pearly-Thinaah hangat diperkatakan apabila pasangan No. 4 dunia itu dikaitkan bakal memilih laluan untuk bergerak secara profesional selepas kontrak mereka bersama BAM tamat pada Disember lalu. Bagaimanapun, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata badan induk itu akan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pemain itu…










