PETALING JAYA: Selepas 16 tahun mengerah keringat mempertahankan maruah negara di pentas bola keranjang antarabangsa, Kuek Tian Yuan akhirnya menamatkan kariernya sebagai pemain kebangsaan. Bekas kapten skuad Harimau Malaysia itu menggantung jersi kebanggaan negara selepas beraksi bersama pasukan kebangsaan sejak tahun 2008. Namun, perjalanan pemain berusia 34 tahun itu dalam arena bola keranjang tanah air tidak terhenti apabila beliau kini memulakan tugas baharu sebagai penolong jurulatih skuad lelaki kebangsaan dan…