MADRID: Jaringan tungga Arda Guler membantu Real Madrid menewaskan Getafe 1-0 sekali gus merapatkan jurang beza empat mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.
Pemain remaja Turkiye itu merembat bola dari luar kotak penalti dalam babak pertama dan kemenangan itu membolehkan anak-anak buah Carlo Ancelotti terus menyaingi Barcelona yang menewaskan Mallorca kelmarin.
Real dan Barcelona akan bertemu pada final Copa del Rey pada Sabtu ini dan penyerang, Kylian Mbappe dijangka sedia beraksi selepas pulih daripada kecederaan untuk pertembungan klasik itu.
Kedua-dua gergasi kelab Sepanyol itu juga akan bertembung lagi dalam aksi liga pada 11 Mei ini.
Namun, kemenangan ke atas Getafe terpaksa dibayar dengan kecederaan yang menimpa David Alaba dan Eduardo Camavinga yang terpaksa keluar padang.
“Kita tunggu esok untuk mengetahui keadaan mereka. Mungkin mereka mengalami ketegangan otot yang akan menyukarkan mereka untuk beraksi pada Sabtu ini,” kata Ancelotti. – AFP/UTUSAN










