Penswastaan Liga M gagal? 

Penswastaan Liga M gagal? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penswastaan Liga Malaysia (Liga M) boleh dianggap gagal apabila sudah ada pasukan yang mengangkat bendera putih kerana tidak mampu menguruskan kelab masing-masing.

Perak FC menjadi pasukan pertama berundur daripada kancah bola sepak negara apabila secara terbuka mengumumkan menarik diri daripada Liga M musim depan.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaludin berkata, penswastaan Liga M gagal kerana tidak semua pasukan berkemampuan untuk melakukannya.

“Saya rasa gagal. Gagal daripada segi pengurusan pasukan itu sendiri. Macam mana pengurusan nak menguruskan kelab itu. Maknanya penswastaan itu gagal.

“(Penswastaan Liga M gagal) disebabkan bukan semua pasukan mampu ke arah itu.Maksud saya, kelab kena ada dana yang mencukupi, pengurusan kena cekap, semua aspeklah,” katanya kepada Utusan Malaysia  semalam.

Abdul Aziz yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui tindakan Perak FC keputusan yang mengejutkan namun berharap pengurusan dapat mempertimbangkan semula keputusan itu.

“Bagi saya ini satu kejutan sebab sampai ke tahap ini boleh berlaku. Memang berada di luar jangkaan. Saya harap isu ini ada jalan penyelesaian tetapi kalau tiada, kita kena terima hakikatlah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×