LONDON: Harvey Barnes menjaringkan dua gol ketika membantu Newcastle membelasah Manchester United 4-1 untuk naik ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Newcastle mempamerkan permainan menakjubkan sekalipun tanpa pengurus pasukan, Eddie Howe yang masih dirawat di hospital sejak Jumaat lalu selepas mengadu tidak sihat beberapa hari sebelumnya.
Permainan cemerlang Barnes menjadi tonik buat pasukannya di St James’ Park ketika pasukan itu sedang berusaha untuk mencari tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Dalam aksi semalam, Sandro Tonah meletakkan Newcastle di depan sebelum Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan dalam babak pertama
Barnes menyumbat dua gol sebelum giliran Bruno Guimaraes menghukum kesilapan penjaga gol United, Altay Bayindir yang menggantikan Andre Onana.
Kemenangan itu membolehkan Newcastle mendaki ke tangga keempat liga dengan dipisahkan satu mata di belakang Nottingham Forest yang menghuni tangga ketiga. – AFP/UTUSAN











