LONDON: Paris Saint-Germain (PSG) pulang ke Paris berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan apabila menewaskan Arsenal 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Emirates pagi ini. Jaringan Ousmane Dembele di awal babak permainan sudah cukup memberi kelebihan buat pasukan pelawat yang bertahan dengan benteng kebal sehingga menyukarkan Arsenal melepasi halangan itu. Berbekalkan kemenangan awal membolehkan PSG menjadi pasukan pilihan untuk mengulangi kemenangan di Parc des Princes pada 7 Mei ini sekali gus mara ke perlawanan akhir menentang pemenang antara Barcelona dan Inter Milan. – AFP/UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya