MELAKA: Dua atlet remaja angkat berat dari Melaka berlepas ke Thailand minggu lalu sebagai persediaan memburu tempat dan merealisasikan impian meraih pingat emas Sukan Olimpik 2032 di Brisbane, Australia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah berkata, pemergian Norharis Norasri, 13, dari Felda Bukit Senggeh dan Muhammad Ilham Hakim Samsur, 13, dari Taman Nyalas Baru adalah menerusi dana dan sumbangan yang dicarinya serta…











