LONDON: Mikel Arteta mengakui Arsenal perlu bangkit mencari kekuatan sebelum berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara selepas dipaksa seri 2-2 dengan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana.
Keputusan aksi Liga Perdana Inggeris itu juga membuka peluang kepada Liverpool untuk selangkah menjulang gelaran liga musim ini.
Anak-anak buah Arteta mulanya menjangkakan kemenangan ke atas Palace di Emirates akan menjadi pemanas badan sebelum tampil kali pertama dalam saingan separuh akhir Eropah sejak 2009 pada Rabu.
Sebaliknya jaringan pendahuluan Jakub Kiwior terpadam selepas sepakan voli Eberechi Eze menyamakan kedudukan pada minit ke-27.
Arsenal bagaimanapun kembali menguasai permainan apabila Leandro Trossard meletakkan Gunners di depan tiga minit sebelum rehat.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian Palace, Jean-Philippe Mateta bijak menewaskan penjaga gol David Raya dalam minit ke-83.
Keputusan itu meletakkan Arsenal ketinggalan 12 mata di belakang Liverpool dan dengan baki empat perlawanan yang tinggal, Liverpool hanya menunggu masa untuk menjadi juara jika menewaskan Tottenham Ahad ini. – AFP/UTUSAN










