PARIS: Pemain gantian Harvey Elliott yang dimasukkan pada lewat permainan membantu Liverpool mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di sini, pagi ini. Elliott yang menggantikan Mohamed Salah memecah kebuntuan mencari gol pada minit ke-87 apabila menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, Darwin Nunez sekali gus memberi kelebihan kepada pelawat dalam pertemuan kedua berikutnya. Perlawanan hari ini menyaksikan Liverpool bergelut dengan corak…