Pemain Man United ditegur main tidak bagus, gaji tinggi

Pemain Man United ditegur main tidak bagus, gaji tinggi

JIM RATCLIFFE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe mendakwa sebahagian pemain kelab itu tidak cukup bagus selain gaji yang dibayar juga tidak berbaloi dengan prestasi.

Biarpun United terumbang­-ambing ketika ini, Ratcliffe masih mempertahankan pe­ngendali pasukan, Ruben Amorim, yang mengambil alih skuad, November lalu selepas Erik Ten Hag dipecat.

Amorim bergelut untuk me­ngubah nasib United yang kini terperosok di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya menang lima daripada 17 aksi liga dan tersingkir daripada kedua-dua kejuaraan domestik.

“Kami membeli Antony, kami membeli Casemiro, kami membeli (Andre) Onana, kami membeli (Rasmus) Hojlund, kami membeli (Jadon) Sancho. Sama ada kita menyukainya atau tidak, kita mewarisi semua itu dan perlu menguruskannya.

“Untuk Sancho, yang kini bermain dengan Chelsea dan kami membayar separuh daripada gajinya, kami membayar 17 juta pound (RM96.75 juta) untuk membelinya pada musim panas,” kata Ratcliffe.

Sancho kini dipinjamkan ke Chelsea manakala pemain sayap, Antony bermain untuk kelab Sepanyol, Real Betis, juga sebagai pemain pinjaman daripada The Red Devils.

“Sebahagian pemain tidak cukup bagus dan sebahagian lagi dibayar terlalu tinggi, tetapi untuk kami membentuk semula skuad yang menjadi tanggungjawab kami, akan mengambil masa,” katanya.s

Ratcliffe turut bersimpati dengan nasib Amorim yang dianggap antara pengendali muda berpotensi.

Menurut Ratcliffe, bekas pe­ngendali Sporting itu sudah me­lakukan tugasnya dengan baik berdasarkan pemain-pemain yang diwarisinya daripada Ten Hag.

“Jika melihat skuad yang Ruben (Amorim) ada, saya rasa dia melakukan tugasnya dengan baik. Dia akan berada di sana untuk tempoh yang lama.

“Anda mula melihat apa yang dia mampu lakukan. Saya rasa ia dapat dilihat ketika menentang Arsenal,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN