MANCHESTER: Pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe mendakwa sebahagian pemain kelab itu tidak cukup bagus selain gaji yang dibayar juga tidak berbaloi dengan prestasi. Biarpun United terumbang-ambing ketika ini, Ratcliffe masih mempertahankan pengendali pasukan, Ruben Amorim, yang mengambil alih skuad, November lalu selepas Erik Ten Hag dipecat. Amorim bergelut untuk mengubah nasib United yang kini terperosok di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya menang lima daripada 17 aksi…










