PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya diingatkan berwaspada dengan ancaman Nepal terutama selepas lawannya itu menjinakkan jiran tetangga, Singapura 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Nasional, kelmarin. Singapura yang memiliki ranking lebih tinggi daripada Nepal iaitu ke-160 dunia berbanding skuad kendalian Matt Ross di tangga ke 175 dunia sekali gus memberi amaran kepada skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa ini.…