Ukraine bertemu AS di Switzerland bincang penamatan perang dengan Russia

Ukraine bertemu AS di Switzerland bincang penamatan perang dengan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine akan mengadakan pertemuan dengan Amerika Syarikat (AS) di Switzerland bagi membincangkan usaha menamatkan perang yang dilancarkan Russia ke atas negara itu, menurut seorang pegawai keselamatan kanan Ukraine

“Kami memulakan rundingan antara pegawai tinggi Ukraine dan AS mengenai kemungkinan parameter bagi perjanjian damai masa depan,” kata Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Rustem Umerov melalui Telegram.

Pengumuman mengenai rundingan ini dibuat ketika Ukraine dan sekutu Eropah sedang giat menyelaras tindak balas terhadap pelan 28 perkara yang dibentangkan AS minggu ini bagi menamatkan perang.

Presiden AS, Donald Trump memberitahu wartawan, Khamis adalah tarikh akhir yang sesuai bagi Kyiv untuk menerima pelan tersebut.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pula memberi amaran negara itu berisiko kehilangan maruah dan kebebasan atau sokongan Washington, sekiranya pelan tersebut diterima tanpa pertimbangan teliti.

Menjelang rundingan itu, beliau menegaskan keamanan sebenar haruslah berasaskan jaminan keselamatan dan keadilan.

“Wakil kami tahu bagaimana mempertahankan kepentingan nasional Ukraine dan apa yang diperlukan untuk menghalang Russia daripada melakukan pencerobohan ketiga, satu lagi serangan terhadap Ukraine,” katanya dalam ucapan video di Telegram pada Sabtu.

Umerov menekankan Ukraine menghargai penyertaan pihak AS kesediaan mereka untuk mengadakan rundingan substantif berhubung pertemuan di Switzerland.

Beliau mengubah kenyataan asalnya tanpa memberikan sebab, selepas versi terdahulu menyebut rundingan itu akan turut melibatkan rakan-rakan Eropah.

Zelensky meluluskan arahan untuk rundingan tersebut serta menetapkan komposisi delegasi, yang diketuai oleh Ketua Pejabat Presiden, Andriy Yermak. Delegasi itu turut merangkumi Umerov dan pegawai keselamatan kanan lain.

“Ukraine tidak akan menjadi penghalang kepada keamanan dan wakil-wakil negara akan mempertahankan kepentingan sah rakyat Ukraine serta asas keselamatan Eropah,” menurut kenyataan rasmi Pejabat Presiden.

Lapor Reuters, Rundingan di Switzerland dijangka menjadi pertemuan penting dalam usaha mengakhiri konflik yang mencetuskan krisis kemanusiaan dan geopolitik sejak Russia menyerang Ukraine pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×