PETALING JAYA: Kesungguhan dan semangat Faisal Halim berjaya memikat pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski apabila menyenaraikan pemain itu dalam skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal pada 25 Mac ini. Beliau juga percaya tonggak sayap itu mampu memberikan aksi terbaik buat pasukan negara. Kata Cklamovski, beliau hadir ke pusat latihan Selangor FC dan berjumpa sendiri dengan Faisal bagi mendapatkan perkembangan terkini pemain kelahiran Pulau Pinang itu.…










