SAN SEBASTIAN: Jaringan penalti pemain tuan rumah Mikel Oyarzabal sudah cukup untuk Real Sociedad mengikat Manchester United dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa pagi ini. Red Devils yang menempuh musim menyedihkan hanya memiliki satu peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara melalui kejuaraan ini namun gagal mempertahankan kelebihan gol awal pada perlawanan tersebut. Penyerang United, Joshua Zirkzee meledak gol awal untuk memimpin perlawanan, namun bola…