PETALING JAYA: Ratu sukan luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mencipta sejarah apabila muncul wakil Asia pertama merangkul tiga pingat emas pada Kejohanan Universiti Dunia 2025 IWWF di Auckland, New Zealand, semalam. Kejayaan yang diukir atlet berusia 21 tahun itu disahkan sendiri oleh badan induk sukan luncur air dunia iaitu Persekutuan Antarabangsa Sukan Luncur Air & Wakeboard (IWWF) menerusi media sosial, Instagram. Aaliyah membawa pulang pingat emas dalam acara jump…