KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Jerman pada 25 Februari ini bagi memberi tumpuan kepada pemulihan kecederaan otot pangkal pahanya. Pemeriksaan terbaharu di Institut Sukan Negara (ISN) mengesahkan pemulihannya kini sudah mencapai 80 peratus, namun dia masih perlu menjalani ujian kecergasan sebelum kembali ke latihan penuh. Haikal yang bergandingan dengan Choong Hon Jian, mengakui beliau belum dibenarkan melakukan lompatan dalam latihan…










