Tangani isu-isu semasa

Tangani isu-isu semasa

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bertindak segera menangani isu-isu ‘panas’ yang berlaku dalam industri bola sepak negara ketika ini. 

Ini termasuklah isu tunggakan gaji pemain di beberapa kelab, pemecatan pengadil selain perpisahan mengejut Giorgio Pompili Rossi dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Bekas pemain kebangsaan, Kamarudin Abdullah, berkata apa yang berlaku wajar dijadikan pedoman untuk segera perbaiki bagi mengelak wujudnya perbandingan dengan pentadbiran terdahulu.

“Kita sebagai orang luar susah nak komen kerana tidak tahu apa masalah sebenarnya yang berlaku. Tetapi dengan apa yang berlaku orang pasti akan buat perbandingan (cara pentadbiran).

“Apa yang berlaku menjadi amaran buat pucuk pimpinan baharu untuk segera cari jalan untuk perbaiki segala permasalahan. Saya setuju, adalah bagus juga perkara seperti ini (isu-isu bola sepak) jadi lebih awal.

“Sekurang-kurangnya ada gambaran untuk (pucuk pimpinan baharu FAM) buat tambah baik berbanding pentadbiran yang lama,” katanya.

Sebelum ini Presiden baharu FAM, Datuk Joehari Mohd. Ayub tidak menolak kemungkinan untuk campur tangan dalam usaha meningkatkan kualiti dan ekosistem Liga Malaysia (Liga M) yang dianggap seperti ‘tidak sihat’ ketika ini.

Kamarudin juga merasakan impak tidak baik yang akan diterima industri bola sepak negara hanya bersifat jangka masa pendek dan akan berubah selepas FAM mencari jalan penyelesaian sewajarnya.

“Apabila jadi perkara seperti ini pasti akan beri kesan tetapi saya rasa ia hanya sementara. Apabila segalanya dibaiki, pasti tidak ada masalah lagi tentang implikasi atau impak terhadap bola sepak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×