SUASANA sambutan Thaipusam oleh penganut Hindu masih terasa kemeriahannya di beberapa kuil di seluruh negara. Antara lokasi tumpuan ramai sejak lebih seminggu lalu ialah di Batu Caves, Selangor serta beberapa kuil Dewa Murugan di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Perayaan Thaipusam juga sejak dahulu mempamerkan semangat bertolak ansur penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Orang bukan beragama Hindu menghormati serta memberi laluan kepada upacara keagamaan tahunan ini supaya dapat…










