Pahang rayu 'lepaskan' Sherman 

Pahang rayu ‘lepaskan’ Sherman 

Kpah Sherman (tengah) tidak dapat beraksi dalam final Piala Malaysia selepas mengutip dua kad kuning sebelum ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sri Pahang FC akan mengemukakan rayuan bagi membolehkan kapten mereka, Kpah Sherman beraksi di final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). 

Khidmat penyerang Liberia berusia 33 tahun itu terpaksa dilupakan Tok Gajah kerana perlu menjalani penggantungan  selepas mengutip kad kuning kedua ketika berdepan Sabah FC.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad berkata, pihaknya akan membuat rayuan bagi membatalkan penggantungan Sherman menjelang aksi final Piala Malaysia pada 26 April depan.

“Sherman telah menerima dua kad kuning, jadi kami akan membuat rayuan terhadap penggantungnya. Kami akan meneliti semula rakaman video insiden pada minit ke-70 ketika dia dilayangkan kad kuning.

“Dia telah bermain sejak awal kejohanan dan dalam setiap perlawanan, jadi adalah satu kerugian jika dia tidak dapat beraksi di final. Saya pasti akan berusaha untuk merayunya,” kata Fandi.

Pahang berjaya melangkah ke final Piala Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua, sekali gus mara dengan agregat 3-2.

Sherman muncul wira buat skuad Tok Gajah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106 di Stadium Temerloh Ahad lalu.

Selain Sherman, skuad kendalian Fandi juga akan turun tanpa khidmat Manuel Hidalgo yang lebih awal digantung susulan menerima kad merah pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu 18 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN