Liverpool selesa hampiri kejuaraan liga

Liverpool selesa hampiri kejuaraan liga

AKSI penyerang Liverpool, Cody Gakpo melakukan sepakan gunting semasa perlawanan menentang Newcastle di Anfield, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Liverpool melakukan langkah besar menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Newcastle 2-0 ketika Arsenal semakin jauh ketinggalan apabila terikat 0-0 dengan Nottingham Forest pagi ini.
Walaupun tanpa Arne Slot yang menjalani hukuman menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, Liverpool membuka jaringan menerusi Diminik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister untuk melebarkan kelebihan 13 mata di kedudukan teratas liga.
Dalam perlawanan lain, Manchester City kembali ke kedudukan tangga keempat liga selepas menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur manakala Manchester United yang beraksi dengan 10 pemain menewaskan Ipswich 3-2.
Namun, tumpuan lebih kepada kempen Liverpool dalam kancah liga yang menyaksikan Reds menghampiri kemuncak prestasi.
Anak-anak buah Slot semakin menghampiri kejayaan untuk menjulang gelaran liga buat pertama kali sejak 2020 yang membolehkan mereka menyamai rekod kemenangan 20 kali milik United dalam kancah bola sepak Inggeris itu.
Dalam aksi pagi ini, Szoboszlai meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-11 sebelum Mac Allister menokok gol kedua pada minit 63 untuk melengkapkan kemenangan ke-20 daripada 28 perlawanan dengan kalah sekali.
The Reds akan kembali ke saingan 16 Liga Juara-Juara minggu depan menentang gergasi Perancis, Paris Saint-Germain sebelum mengulangi pertemuan dengan Newcastle dalam final Piala Liga di Stadium Wembley pada 16 Mac ini. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN