Ketahanan mental uji Tang Jie-Ee Wei di All England

Ketahanan mental uji Tang Jie-Ee Wei di All England

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk memisahkan gandingan No. 4 dunia itu selepas tidak wujudnya persefahaman antara kedua-dua pemain berkenaan yang difahamkan bermula sejak Sukan Olimpik Paris 2020 pada Ogos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bakal berdepan ujian getir di Kejohanan Badminton All England 11 Mac ini, dengan tekanan tinggi untuk melakar sejarah.  

Ketiadaan dua pasangan dominan sebelum ini, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China serta Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, membuka peluang buat gandingan Malaysia untuk menamatkan penantian kejuaraan.  

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, kejayaan di kejohanan tertua dunia itu bergantung kepada keupayaan Tang Jie-Ee Wei mengawal emosi ketika beraksi di Arena Birmingham, England. 

“Mereka mempunyai keinginan dan semangat juang tinggi, tetapi cabaran sebenar adalah bagaimana mengurus tekanan di pentas besar.

“Saya selalu ingatkan mereka bahawa tekanan dan harapan tinggi boleh menjejaskan permainan. Jika mahu mencapai keputusan lebih baik di All England, mereka perlu kekal tenang,” kata Nova.

 Pada edisi tahun lalu, Tang Jie-Ee Wei tersingkir di pusingan kedua selepas gagal mempertahankan kelebihan pada set penentuan, satu pengalaman yang perlu dijadikan iktibar.  

 “Mereka pernah mengalami situasi ini sebelum ini. Tahun lepas, mereka sudah mengawal permainan tetapi akhirnya tewas. Itu sepatutnya menjadi pengajaran,” tambahnya.

Malaysia masih menanti juara dalam acara beregu campuran sejak kejayaan David Choong bersama June White pada tahun 1953, satu tempoh yang terlalu lama bagi kuasa badminton Asia ini.  

 Selain Tang Jie-Ee Wei, Malaysia turut mempertaruhkan pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dalam misi memburu kejuaraan.  

 Sebagai persiapan akhir, Tang Jie-Ee Wei akan turun beraksi pada Orleans Masters di Perancis minggu depan, sebelum bertolak ke Birmingham bagi menguji strategi dan memperkemaskan permainan mereka.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN