CERITAKU SUKAN bukan sahaja mengubah hidup jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly malah ia turut menjadikan dirinya lebih dihormati dan disegani masyarakat. Kenakalan ketika usia remaja telah membuatkan Latif tidak termimpi menjalani kehidupannya pada hari ini apatah dengan status dan penghormatan yang diterimanya sebagai atlet negara. Pada usia remajanya, Latif mengakui dia lebih gemar menghabiskan masanya dengan menunggang motosikal bersiar-siar di kampung halamannya tanpa memikirkan masa hadapan. Bagaimanapun,…










