UNITED KINGDOM: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui jentera serangan pasukannya tidak cukup kreatif untuk mencipta peluang di depan gawang Nottingham Forest sehingga menyebabkan kedua-duanya terikat tanpa jaringan. Keputusan 0-0 itu menyukarkan lagi peluang Arsenal untuk mencabar kedudukan Liverpool di puncak liga selepas ketinggalan 13 mata walaupun The Gunners masih mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan. Kesebelasan Arsenal jelas goyah selepas ketiadaan beberapa pemain utama yang cedera antaranya Bukayo Saka, Gabriel…










