Jaringan Maguire singkir Leicester

Jaringan Maguire singkir Leicester

Harry Maguire dan rakan sepasukan meraikan jaringan gol kedua Manchester United menentang Leicester dalam saingan pusingan keempat Piala FA di Old Trafford. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MANCHESTER: Jaringan lewat Harry Maguire membantu Manchester United menyingkirkan Leicester 2-1 dalam saingan pusingan keempat  Piala FA di Old Trafford  pagi ini.
Bobby De Cordova-Reid meletakkan Leicesteer di depan dalam babak pertama, namun langkah memasukkan Alejandro Garnacho dalam babak kedua perlawanan menukar permainan United yang tampak lebih agresif dan tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Joshua Zirkzee.
Anak-anak buah Ruben Amorim terus mengasak kubu pelawat untuk mencari kemenangan, dan akhirnya mendapatkan gol yang dinantikan apabila Maguire yang juga bekas pemain pertahanan Leicester menyambut hantaran bebas Bruno Fernandes dengan tandukan ke gawang lawan ketika perlawanan hampir tamat.
Kemenangan itu bagaimanapun tidak menggembirakan pengendali dari Portugal itu yang menyifatkan permainan anak-anak buahnya lemah.
“Kami seolah-olah tidak berupaya pada peringkat awal permainan tetapi keadaan berubah sedikit pada babak kedua dengan ada sedikit kelajuan dan akhirnya dapat gol yang dicari,” katanya. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN