UMUM mengetahui topi yang dipakai wanita mungkin bersamaan dengan atau lebih daripada jumlah ‘topi’ pemikiran yang dicadangkan oleh De Bono dalam bukunya Six Thinking Hats. Mereka adalah tutor peribadi, guru disiplin, pemandu, tukang cuci baju, jururawat, kaunselor, tukang masak dan seribu satu lagi peranan yang seakan tiada noktah. Bayangkan dalam masa sama, wanita juga merupakan pekerja, pengurus atau pemimpin organisasi. Tentunya, urusan demi urusan dan kesibukan demi kesibukan menyebabkan golongan…










