Atletico ikat Barcelona

Atletico ikat Barcelona

Penyerang Barcelona, Lamine Yamal (kiri) diasak pemain Atletico Madrid, Conor Gallagher dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di Stadium Estadi Olimpic Lluis Companys pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BARCELONA: Sasaran Atletico Madrid mencari kemenangan pertama di tempat lawan meleset selepas terikat 4-4 dengan Barcelona dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol walaupun seketika mendahului perlawanan 2-0.
Selepas Atletico selesa dengan jaringan Julian Alvarez and Antoine Griezmann, gergasi Catalan itu bangkit mempamerkan persembahan memukau menyumbat empat gol menerusi Pedri Gonzalez, Pau Cubarsi, Inigo Martinez dan Robert Lewandowski.
Namun, jaringan gol tidak berhenti di situ, Atletico kembali melawan dengan jaringan Marcos Llorente sebelum Alexander Sorloth mengikat kedudukan ketika perlawanan memasuki minit ke-93 untuk perlawanan kedua di Stadium Metropolitano pada 2 April ini.
“Keputusan hari ini teruk. Anda telah mendahuluyi 4-2 tetapi mereka berpeluang menyamakan kedudukan. Kami perlu lebih berhati-hati selepas ini. Kami menerima pelajaran yang berguna daripada perlawanan ini. Kami bermula teruk,” kata Pedri kepada Movistar.
Hansi Flick menurunkan kesebelasan pemainnya tanpa penjaring terbanyak, Lewandowski yang digantikan dengan Ferran Torres, sebaliknya pengendali Atletico, Diego Simeone meletakkan skuad terkuat dalam perlawanan tersebut. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN