Asencio terganggu laungan ‘mati’ 

Asencio terganggu laungan ‘mati’ 

Raul Asencio (kanan) menerima kecaman penyokong selepas aksi Piala Raja Sepanyol, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, pertahanannya, Raul Asencio terkesan dengan laungan yang meminta dia mati ketika menentang Real Sociedad dalam kempen Copa del Rey, Rabu lalu.

Los Blancos meraih kemenangan 1-0 dalam separuh akhir pertama hasil jaringan Endrick tetapi kontroversi timbul apabila penyokong tuan rumah melaungkan ‘Asencio mati’ dan akibatnya pengadil menghentikan perlawanan seketika.

Penyokong telah melaungkan chant tersebut kepada pemain tengah berusia 22 tahun itu di beberapa stadium dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi ini adalah kali pertama perlawanan dihentikan.

Asencio didakwa telah berkongsi video seks melibatkan seorang remaja yang dirakam oleh dua bekas pemain muda Real Madrid dan dia kini disiasat oleh mahkamah Sepanyol.

Perlawanan dihentikan sejurus sebelum separuh masa selepas Vinicius melaporkan laungan terhadap Asencio kepada pengadil.

“Vinicius bercakap dengan pengadil, pengadil menghentikan perlawanan, dia mengikut protokol, itu yang sepatutnya berlaku,” kata Ancelotti kepada pemberita.

Jurulatih itu menggantikan pertahanan tersebut pada separuh masa dengan Lucas Vazquez.

“Saya menggantikan dia kerana dua sebab, dia terkesan, dan dia sudah mendapat kad kuning, jadi saya lebih suka menggantikan dia. Saya rasa tiada siapa suka apabila stadium melaungkan untuk kamu mati, saya rasa dia terkesan dalam hal itu.

“Dia tidak begitu gembira, saya lebih suka menggantikan dia sekiranya keadaan emosinya boleh menjejaskan permainan,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN