PETALING JAYA: Atlet menembak wanita negara, Alia Sazana Azahari perlu menunggu keputusan Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) untuk mengesahkan catatan yang dilakukannya di Kejohanan Raifal/Pistol Piala Asia 2025 sebagai rekod dunia atau sebaliknya. Alia melakukan 44 hit mengatasi rekod dunia 42 hit milik penembak Korea Selatan, Kim Ye Ji sewaktu memenangi pingat emas dalam acara 25 meter (m) pistol wanita. Namun, pencapaian tersebut hanya dikira sebagai rekod Asia kerana ia…