Silap strategi ‘makan diri’ Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

Silap strategi ‘makan diri’ Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

TOH Ee Wei berdepan kecederaan ketika final China Masters, minggu lalu. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesilapan strategi menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan beregu campuran utama negara,  Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di separuh akhir, Terbuka India, kelmarin.

Ee Wei mengakui bahawa mereka mula mengangkat pukulan terlalu kerap sekali gus memberi peluang kepada Gicquel-Delrue untuk mengawal serangan dan memanfaatkan kelemahan tersebut.  

“Lawan kami meletakkan kami di bawah banyak tekanan. Kami mula mengangkat pukulan kami terlalu kerap, dan mereka mengawal serangan.

“Kami mengakui banyak melakukan kesilapan taktikal yang memberi kelebihan kepada pasangan Perancis ini,” kata Ee Wei.

Sementara itu, Tang Jie pula mengakui terdapat masalah komunikasi yang mempengaruhi strategi permainan mereka.

Menurutnya, masalah seperti itu menyebabkan mereka gagal bertindak dengan pantas dan tepat pada saat-saat kritikal.  

“Kami tidak memilih strategi yang betul. Terdapat salah komunikasi semasa perlawanan. Kami perlu berbincang dan menganalisis kelemahan kami,” kata Tang Jie.

Pasangan itu yang turut mara  ke separuh akhir di Terbuka Malaysia minggu lalu, kini berhadapan dengan cabaran besar di Indonesia Masters pada 21 hingga 26 Januari ini dan diangkat sebagai pilihan utama.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN