Saya rela pilih jurulatih penjaga gol daripada Rashford - Amorim 

Saya rela pilih jurulatih penjaga gol daripada Rashford – Amorim 

Marcus Rashford lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan sejak Disember lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mempertahankan keputusannya untuk terus mengetepikan Marcus Rashford dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham, kelmarin.

Rashford tidak beraksi sejak pertengahan Disember selepas mengakui mahu mencari cabaran baharu dalam kariernya.  

Amorim menegaskan, beliau hanya akan memilih pemain yang memberikan komitmen sepenuhnya tanpa mengira situasi kelab. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, jika pemain tidak menunjukkan komitmen maksimum setiap hari, mereka tidak akan diberi peluang bermain.  

“Alasannya sama, latihan dan bagaimana saya melihat seorang pemain bola sepak sepatutnya bertindak.  

“Kami kehilangan sedikit kelajuan di bangku simpanan untuk mengubah permainan, tetapi saya tetap dengan keputusan saya.

“Saya lebih rela memilih jurulatih penjaga gol Jorge Vital daripada pemain yang tidak memberikan usaha maksimum,” kata Amorim.

Amorim, yang menyambut ulang tahun ke-40, bergurau bahawa tekanan di United membuatkan beliau berasa seperti berusia 50 tahun.   

Kemenangan ini merupakan kali keempat Amorim mencatat kejayaan liga sejak menggantikan Erik ten Hag pada November lalu.  

“Selepas dua bulan di Manchester United, umur saya terasa seperti 50! Namun, menang dan mendapatkan tiga mata adalah sangat penting untuk kami dalam usaha memperbaiki pasukan,” ujarnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×