DANA lumayan untuk pengembangan bahasa Melayu selaku bahasa negara pada Belanjawan 2025 sangat dialu-alukan. Ini kerana dengannya, banyak kegiatan persuratan Melayu dari segi bahasa, sastera dan budaya bukan sahaja dapat direncanakan dengan rapi, juga dilaksanakan dengan jayanya. Ini penting sekali untuk perancangan bahasa Melayu agar terus cemerlang pada setiap masa. Sebenarnya bahasa Melayu sudah mantap dari segi korpusnya yang dibangunkan sebaik sahaja diangkat menjadi bahasa negara, sekali gus sebagai bahasa…