Penyu tidak gentar berdepan Harimau Selatan 

Penyu tidak gentar berdepan Harimau Selatan 

Pemain Terengganu FC memasang impian besar untuk mencari kemenangan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, esok. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) turun dengan misi menembusi gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai bekalan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di laman sendiri, Jumaat ini.

Ketua Jurulatihnya, Badrul Afzan Razali berkata, Sang Penyu tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan berdepan penyandang juara Piala Malaysia itu kerana jaringan sangat penting dalam format perlawanan timbal balik, apatah lagi beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengakui ia tugas yang getir, beliau mengingatkan anak buahnya supaya tidak gentar bermain dengan corak permainan yang diaturkan selain tidak melakukan kesilapan mudah.

“Kita akui JDT mempunyai ramai pemain berkualiti, tetapi kita sudah bersedia memberi aksi terbaik. Bagus juga bermain di laman sendiri dahulu kerana ia memberi motivasi kepada pemain. 

“Kita menilai corak permainan JDT untuk memburu jaringan sama ada menerusi set piece atau lain-lain. Selain itu pemain perlu yakin dengan kemampuan masing-masing dan tidak berputus asa bangkit walaupun ketinggalan dari segi jaringan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Badrul Afzan yakin semua pemain Terengganu mampu menggalas tugas jika diturunkan berdepan Harimau Selatan yang dianggap sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan itu.

Katanya, selain tidak dapat menurunkan penyerang import, Ivan Mamut yang perlu menjalani rawatan pemulihan kecederaannya, TFC sehingga semalam masih menunggu sama ada dua tonggak utama, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dapat beraksi.

Safawi dan Akhyar terikat dengan perjanjian bersama JDT  sebagai pemain pinjaman daripada kelab itu, namun TFC membuat permohonan untuk membolehkan mereka bermain dalam separuh akhir Piala Malaysia pada Jumaat ini dan 1 Februari depan.

‘Apa pun keputusannya, kita tetap fokus dan barisan pemain lain sudah sedia memberi aksi bertenaga.

“Saya juga berharap penyokong setia TFC membanjiri stadium bagi memberi sokongan kepada pemain memburu kejuaraan Piala Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN