LONDON: Manchester United menamatkan badi kekalahan empat perlawanan dengan merencat impian Liverpool memburu gelaran juara selepas seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini. Keputusan itu bagaimanapun masih mengekalkan Liverpool enam mata di puncak liga dengan baki satu perlawanan dalam tangan. “Sudah tentu ia memberi kesan kerana kami kehilangan dua mata,” kata Slot. United memecah kebuntuan enam tahun tanpa jaringan di Anfield untuk mendahului perlawanan menerusi Lisandro Martinez dan…