Malaysia umpama gergasi sedang tidur  - Rob Friend 

Malaysia umpama gergasi sedang tidur  – Rob Friend 

Skuad Harimau Malaya sedang melalui perubahan baharu sesuai dengan usaha merevolusikan skuad kebangsaan itu. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Skuad Kebangsaan, Robert Douglas Friend teruja dengan revolusi yang dibawa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam memperkasa Harimau Malaya.

Lebih dikenali dengan panggilan Rob Friend, beliau cukup berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripada revolusi Harimau Malaya dalam struktur organisasi baharu pasukan kebangsaan.

“Ini merupakan satu peluang yang baik buat diri saya. Saya sangat teruja untuk menyertai revolusi skuad Harimau Malaya. Malaysia umpama sang gergasi yang sedang tidur. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemegang taruh terlibat seterusnya bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan FAM.

Rob Friend turut mengucapkan penghargaan kepada FAM dan Tunku Mahkota Ismail yang membuka peluang buatnya sambil melihat projek revolusi Harimau Malaya sebagai peluang yang unik buat dirinya.

“Apa yang membuatkan saya teruja adalah visi FAM dan visi Tunku Mahkota Ismail. Oleh sebab itulah, saya berada di sini. Baginda merupakan orang yang paling berwawasan yang pernah saya temui. 

“Ketika saya bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail, baginda menjelaskan tentang projek revolusi skuad Harimau Malaya. Pada pendapat saya, ini merupakan projek paling mengujakan dalam industri bola sepak global.

“Saya turut melihat bahawa ini merupakan peluang yang unik untuk membangunkan bola sepak di Malaysia,” ujarnya.

Beliau juga akan memastikan struktur organisasi baharu itu dilengkapi dengan tenaga kerja berkualiti dan berpengalaman dari segenap aspek bagi memastikan proses membentuk pasukan kebangsaan yang ampuh berjalan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×