Letih, lambat ‘panas’ punca tersingkir awal?

Letih, lambat ‘panas’ punca tersingkir awal?

Goh Soon Huat dan Shevon Lai mara ke suku akhir Terbuka India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan wakil negara menamatkan saingan seawal pusingan pertama kelmarin pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025.

Kegagalan mereka bukan sahaja mendedahkan kelemahan tetapi juga mengundang persoalan tahap pemain negara bersaing di arena antarabangsa.

Namun, bagi pemain No. 6 dunia, Shevon Jamie Lai, jadual yang terlalu padat dengan Jelajah Dunia Akhir menjadi pertandingan penutup musim hanya selang beberapa minggu sebelum Terbuka Malaysia mungkin menyebabkan faktor keletihan kepada segelintir pemain.

“Seperti saya dan pasangan (Goh Soon Huat), kami perlu beraksi pada Jelajah Dunia Akhir (di Hangzhou, China, Disember lepas), kami hanya ada beberapa minggu sebelum mula kembali musim baru.

“Walaupun saya ada beberapa hari rehat, tetapi hendak dapatkan kembali rentak sebenarnya saya perlukan masa.

“Sebagai pemain kita memerlukan momentum dan Terbuka Malaysia merupakan kejohanan pembuka musim, sebagai pemain Malaysia kita sudah tentu hendak bermain dengan bagus,” katanya selepas menewaskan Presley Smith-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 21-19 pada pusingan pertama beregu campuran di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Ketika ditanya cadangan jadual Terbuka Malaysia dianjak ke depan, Shevon berkata, usul tersebut sukar direalitikan kerana dalam setahun pertandingan berstatus Super 750 dan 1,000 sahaja sudah ada 10 kejuaraan di dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Soon Huat berkata, Terbuka Malaysia sebagai kejohanan pembuka musim mungkin tidak memberi kelebihan kepada pemain untuk mendapatkan rehat secukupnya.

“Musim baru bermula dengan Super 1,000, badan kita mungkin akan bertindak balas sedikit perlahan, tetapi, kalau kita ambil dari sudut positif, pemain Malaysia tidak perlu terbang jauh seperti pemain luar negara,” katanya.

Mengulas mengenai aksi pusingan kedua berdepan pasangan India, K. Sathish Kumar-Aadya Variyath, kata Soon Huat, mereka belum pernah bertemu dengan gandingan ke-34 dunia itu.

“Kita kena beri tumpuan langkah demi langkah, walaupun sasaran kita ke suku akhir dalam masa sama kami juga tidak mahu hilang fokus, persediaan kena buat dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×