Lebih tiga dekad, cukup-cukuplah Thailand

Lebih tiga dekad, cukup-cukuplah Thailand

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan pucuk pimpinan Istaf wajar diberi ruang kepada negara-negara lain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan memberi bayangan bakal mencabar kerusi nombor satu Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).

Menurut Sumali, sudah tiba masa bagi beliau atau mana-mana calon dari negara lain mencabar jawatan Presiden selepas wakil dari Thailand memonopoli kerusi berkenaan sejak lebih tiga dekad lalu.

“Serius tak serius, saya kena lihatlah secara keseluruhan kerana saya nak bagi ‘hint’ satu sahaja, sudah lebih 30 tahun (jawatan) presiden Istaf itu dipegang oleh wakil Thailand. 

“Sejak penubuhan lagi presiden Istaf itu adalah (dari) Thailand. Jadi kalau kita biar, sampai 50 tahun nanti, agaknya. Ini (jawatan Presiden Istaf), saya dalam pertimbangan. Nak lihat dulu,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM, semalam.

Ketika ini, jawatan Presiden Istaf dipangku oleh Timbalan Presiden, Boonchai Lorhpipat dari Thailand selepas kematian Charouck Arirachakaran pada Ogos 2023 yang memegang jawatan berkenaan sejak 1988.

Oleh itu, Sumali berpendapat sebaiknya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Istaf diadakan segera bagi membolehkan jawatan Presiden dipertandingkan dan memberi peluang kepada negara lain membuat pilihan masing-masing.

AGM badan induk itu sepatutnya dibuat pada tahun hadapan selepas penggal 2022-2026 berakhir, namu Sumali berpendapat pemilihan perlu dipercepatkan kerana kerana jawatan presiden sudah lama dipangku oleh Boonchai.

“Saya pernah membangkitan soal pemilihan AGM ini kepada, tetapi mereka (kepimpinan tertinggi Istaf) menjawab dengan pertanyaan semula, mereka tanya (tarikh) yang saya mahukan, jadi ia tergantung,” katanya.

Untuk rekod, Charouck hanya pernah dicabar sekali oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Filipina, Karen Tanchanco Caballero pada pemilihan 2022-2026, namun bekas pegawai kanan tentera Thailand menang 32 berbalas empat undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×