PETALING JAYA: Ketua jurulatih perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen mengakui pemain perseorangan utama negara, Leong Jun Hao akan berdepan laluan sukar pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025. Bagaimanapun, Jonassen menganggap cabaran itu sebagai perkara biasa dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 kerana ia melibatkan penyertaan pemain-pemain berkaliber dan berkedudukan ranking terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF). “Bagi saya, memang permulaan yang cukup sukar untuk dia (Jun Hao) tetapi…