Jaringan Jota selamatkan maruah Liverpool

Jaringan Jota selamatkan maruah Liverpool

Pemain Liverpool, Diogo Jota merembat bola ke gawang Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris di The City Ground. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool kempunan menambah tiga mata untuk mengukuhkan lagi kedudukan di tangga teratas liga selepas mencatat keputusan seri dengan Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini.

Chris Wood meletakkan Forest di depan, namun Liverpool yang menguasai hampir 97 minit permainan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Diogo Jota.

Forest bernaib baik tidak menjadi ratahan Reds yang memguasai 70 peratus kawalan bola ekoran ketangkasan penjaga golnya, Matz Sels yang bertindak cemerlang mematahkan kira-kira 23 penyudah lawan sehingga menafikan kemenangan.
Keputusan seri bagaimanapun masih mengekalkan Reds dengan kelebihan enam mata dan satu perlawanan dalam tangan, namun memberi kelebihan kepada Arsenal untuk merapatkan jurang mara kepada empat mata jika Gunners berjaya menewaskan Tottenham hari ini.
Dalam satu lagi perlawanan, peluang penyandang juara, Manchester City untuk menghidupkan peluang mencabar kejuaraan pada musim ini sudah terlambat selepas berkongsi satu mata dengan Brentford selepas kedua-duanya seri 2-2.
Pasukan tangga keempat, Chelsea terus melalui keputusan suram tetapi bernasib baik selepas jaringan kapten, Reece James dalam masa kecederaan membolehkan The Blues mencatat keputusan seri dengan Bournemouth 2-2. – AFP/UTUSAN
Keputusan
Brentford    2  Manchester City 2
Chelsea       2  Bournemouth     2
Nott Forest 1  Liverpool            1
West Ham  3  Fulham                2
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN