Di mana dedaun menghijau dan rimba merimbun, hutan tropika Malaysia berdiri sebagai perisai alam yang diam tetapi gagah. Ia menyimpan rahsia purba, menjadi benteng semula jadi dan menyumbang kepada kehidupan jutaan spesies termasuk kita. Namun, di sebalik ketenangan hutan yang mempesona, ada cabaran yang mengintai, menuntut tindakan kolektif dan strategik untuk menjamin kelestariannya pada masa hadapan. Konsep Malaysia Madani membawa mesej yang jelas terhadap kepentingan mengimbangkan pembangunan dan pemuliharaan yang…