PETALING JAYA: Datuk Joehari Mohd. Ayub mencipta sejarah baharu buat bola sepak Sabah apabila bakal menjadi Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029. Beliau bersama dua calon timbalan presiden FAM iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram menang tanpa bertanding selepas tiada calon lain bertanding merebut jawatan berkenaan. Mereka bagaimanapun perlu mengesahkan untuk menerima pencalonan selewat-lewatnya Khamis depan dengan menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan yang…










