Cklamovski tidak pandang mudah cabaran Nepal 

Cklamovski tidak pandang mudah cabaran Nepal 

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya sesekali tidak akan memandang mudah cabaran Nepal dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

Nepal menjadi lawan pertama skuad kendalian pada 25 Mac sebelum anak buah Peter Cklamovski berdepan dua lagi pasukan iaitu Vietnam dan Laos.

Atas kertas, Malaysia dan Vietnam dianggap pasukan pilihan berdasarkan kedudukan ranking terkini bagi merebut satu slot daripada Kumpulan F ke Arab Saudi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Cklamovski, ketika ini tumpuan barisan kejurulatihan adalah merencana persiapan terbaik sebelum memulakan kem latihan kebangsaan pada Mac.

“Tumpuan kami sekarang adalah untuk mendapatkan persediaan rapi untuk kem bulan Mac hadapan sebelum menyertai Kelayakan Piala Asia 2027,” katanya.

Cklamovski uga menganggap Nepal adalah lawan yang dihormati dan bertekad untuk membawa Malaysia ke gelanggang lawan dengan berbekalkan persiapan rapi bagi membawa pulang hasil yang setimpal.

”Kita akan bertemu Nepal, di mana lawan yang kami sangat hormati. Kita pergi dengan penuh komitmen untuk mendapatkan persiapan yang baik untuk mendapatkan prestasi di mana ia perlu untuk mendapatkan hasil,” tambahnya.

Berdasarkan ranking, Malaysia dilihat bakal menjadi pilihan apabila menghuni ranking ke-132 berbanding Nepal yang merupakan negara ke-175 dalam kemaskini FIFA sebelum ini.

Pasukan Harimau Malaya bakal bertandang ke laman Nepal dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac sebelum melayani kunjungan Vietnam di Bukit Jalil pada 10 Jun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×