Chelsea tamatkan kemarau kemenangan

Chelsea tamatkan kemarau kemenangan

(Dari kiri) Tosin Adarabioyo, Nicolas Jackson dan Moises Caicedo meraikan gol pertama Chelsea menentang Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Chelsea kembali meraih kedudukan di tangga keempat Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Wolves 3-1 sekali gus mengakhiri badi tanpa kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini.
Pasukan bimbingan Enzo Maresca itu hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga Liverpool semasa pertengahan Disember lalu, dan kini dibezakan 10 mata, namun masih berharap menjadi pencabar gelaran walaupun hakikatnya tipis.
Cumanya, Chelsea berada dalam zon selamat untuk layak ke saingan musim baharu Liga Juara-Juara selepas persembahan memberangsangkan hasil jaringan babak kedua Marc Cucurella dan Noni Madueke sekali gus memadam kesilapan penjaga gol Robert Sanchez yang membolehkan pemain lawan, Matt Doherty lebih dahulu menyamakan kedudukan.
Maresca berkata, Chelsea mendominasi permainan dalam tempoh 40 minit permainan selepas Tosin Adarabioyo menghadiahkan gol pertama pada minit ke-24.
“Namun, selepas Wolves menyamakan kedudukan, kami kehilangan keyakinan seketika dan kami terpaksa bergelut sedikit sebelum masuk babak kedua perlawanan keadaan agak terkawal. Selepas kami mendapat dua gol dalam babak akhir itu kami akhirnya berjaya mengawal permainan dengan baik.
“Dalam lima perlawanan yang tiada kemenangan sebelum ini bukan bermakna kami tidak beraksi dengan baik, cuma peluang itu ada namun gagal disempurnakan. Tetapi pada malam ini kami menjaringkan tiga gol,” katanya kepada Sky Sports. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN