BOIKOT bukanlah sekadar tindakan ekonomi. Ia adalah cerminan suara hati masyarakat yang ingin melawan kezaliman dengan cara yang damai tetapi berkesan. Mengikut sejarah, tindakan boikot terus menjadi alat perubahan yang kuat. Dalam konteks umat Islam, ia adalah sebuah bentuk jihad ekonomi yang menyeru solidariti dan tanggungjawab bersama. Boikot bukan hanya tentang menghentikan pembelian produk atau perkhidmatan. Ia adalah cara untuk menghantar mesej tegas kepada syarikat dan entiti yang menyokong kezaliman…