PETALING JAYA: Bilangan dan tempat pemain sudah diketahui namun siapa pemain warisan baharu yang bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini masih kekal rahsia. Hanya bayangan enam hingga tujuh pemain warisan baharu dan mereka kini beraksi di liga utama di Eropah Selatan sahaja menjadi maklumat yang diketahui. Jawapan penuh kepada persoalan itu, hanya dimiliki oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan barisan pengurusan baharu Harimau Malaya.…










