LONDON: Arsenal perlu segera menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan sekiranya bercita-cita untuk menjadi pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini. Masalah di barisan hadapan ketara buat The Gunners ketika mereka ditunjukkan jalan keluar oleh Manchester United di pusingan ketiga Piala FA, semalam. Arsenal tewas pada penentuan penalti selepas permainan terikat 1-1 hasil jaringan pembukaan kapten United, Bruno Fernandes dan gol penyamaan tuan rumah oleh Gabriel. Arsenal mempunyai kelebihan selepas Diogo…