LONDON: Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 sekali gus menyalakan semula harapan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam aksi pagi ini. Dalam satu lagi perlawanan, Alexander Isak membantu kemenangan 3-0 Newcastle ke atas Wolves untuk mendaki ke tangga keempat liga manakala kepulangan David Moyes ke Everton hanya menyaksikan pasukannya tewas 1-0 kepada Aston Villa. Kemenangan Arsenal di Stadium Emirates itu menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan…










