ISTILAH ‘kerajaan beta’ yang acap kali diulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam banyak titah-titahnya mempunyai maksud tersirat dan makna yang mendalam. Ia bukanlah ‘keselesaan’ kepada mana-mana ahli politik ataupun pegawai kerajaan dan ia bukan lesen untuk mana-mana individu ‘mendabik dada’ dengan anggapan ‘payung kuning’ berada bersama mereka. Sebaliknya, istilah tersebut kerap disulami dengan teguran dan kritikan kepada orang yang berkuasa. Malah, 2024 adalah tahun…










